SKIM CAKNA SURI : BANTUAN RM200 UNTUK SURIRUMAH
Tahukah anda tentang SKIM CAKNA SURI? Skim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.
Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan skim ini untuk makluman semua yang ingin memohon.
APA ITU SKIM CAKNA SURI?
Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu bantuan bagi menghargai surirumah di negeri tersebut iaitu Cakna Suri 2024.
KADAR BANTUAN SKIM CAKNA SURI
Menerusi skim ini, suri rumah yang layak akan menerima bantuan one-off RM200 daripada kerajaan negeri.
Jumlah penerima untuk skim ini adalah terhad kepada 150 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Januari 2023 iaitu pada hari Selasa.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon :
- Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah.
- Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan.
- Rakyat Negeri Kelantan.
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah.
- Bukan penerima Skim CaknaSuri 2022.
CARA PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI
Suri rumah yang berminat untuk memohon boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/12OcWNI1Hl7_9ddERCWCaA4E4o9EkVYL6?fbclid=IwAR1cCMUd7SaB_Erh4eiCSmUExjeNegrxkCb1t7fMYPdP23ehr4AS6iZFyk8
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar semua dokumen ke alamat berikut:
Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre), Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek, 15000 Kota Bharu.
SOALAN LAZIM
1.Jika permohonan saya tidak layak, adakah saya boleh membuat rayuan?
- Tidak. Semua permohonan akan diproses dan tiada proses rayuan sekiranya pemohonan pemohon adalah tidak diterima atau tidak layak.
2.Jika saya berumur 54 tahun ke atas, adakah saya layak untuk memohon Skim CaknaSuri ini?
- Tidak. Skim Cakna Suri hanya layak bagi pemohon berumur 54 tahun ke bawah sahaja.
3.Jika saya berpendapatan RM2,500, adalah saya layak membuat permohonan?
- Tidak. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM2,000 ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi suri rumah yang mempunyai pertanyaan mengenai skim ini, sila hubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915 atau Unit Kaunseling di talian 013-983 5912.
Baca Juga :
- SEMAK MYSARA 2024 : CARA PERMOHONAN
- CARA MOHON EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN
- BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG
- SEMAK PENERIMA BANTUAN RM300 MYKAD 2024 : BINGKAS
- BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024 : SEMAK KELAYAKAN
- STR FASA 2 2024 : TARIKH BAYARAN
- BAYARAN STR FASA 2 2024 : STATUS PEMBAYARAN
- TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2024 : MULAI APRIL
- STR BUJANG FASA 2 2024 : JUMLAH BAYARAN
KENAPA SKIM CAKNA SURI KELANTAN TIDAK DAPAT DUIT “ONE-OFF” DI TANGAN RAKYAT YANG TERPILIH, KENAPA PERLU MENCARUM DALAM PERKESO? SEDANGKAN BAGI SURIRUMAH SEPENUH MASA TIDAK DAPAT UNTUK MENYAMBUNG BAYARAN SETIAP BULAN SETERUSNYA, IBARAT DUIT YANG ADA “KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG”!!!