SEMAK MYSARA 2024 : CARA PERMOHONAN

SEMAK MYSARA 2024 : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda cara semak MYSARA 2024? MySara adalah Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan di bawah Yayasan MyKasih untuk golongan miskin dan miskin tegar terdiri daripada kategori Isi Rumah, Bujang serta Warga Emas yang diambil data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagaimanakah semak status bantuan mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYSARA 2024

Bantuan MySara disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad (penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia) khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai atau pasaraya yang berdaftar seluruh Malaysia dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.

SENARAI BANTUAN MYSARA

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan.

NOTA : Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

SEMAK SENARAI KEDAI TERPILIH MYSARA

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terdekat boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

NILAI BANTUAN MYSARA 2024

Pemberian bantuan MySara adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI NILAI BANTUAN
Miskin Tegar Isi Rumah : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Warga Emas : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Bujang : RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
Miskin eKasih Isi Rumah : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Warga Emas : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Bujang : RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
Asas Bukan Miskin /
Miskin Tegar
Akan diberitahu dalam masa terdekat.

CARA SEMAK MYSARA 2024

Ikuti cara semakan status bantuan MySara seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Baca Juga :

11 thoughts on “SEMAK MYSARA 2024 : CARA PERMOHONAN”

    1. Mohd fadli bin md noor

      Assalamualaikum.selamat pg…saye nak tanya kenapa saye tidak dapat str fasa 1 dan bantuan yg lain..seperti mysara bantuan E-wallet dn sebagainye..tolong jelas kan pade sy..dan tolong bantu sy untk selesaikan masalah ini.sy dah tak tahu lagi nak buat macam mane!!?.?? please…….tolong sangat sangat….🙏🙏🙏🙏🙏🙏

    1. Mohd fadli bin md noor

      Assalamualaikum. En,amri tolong sy boleh????..tolong mohon kan sy bantuan kerajaan .ape jenis bantuan kerajaan pun xpe..sbb sy xdpt ape pun bantuan kerajaan langsung ni.sy dpt bantuan str pun fasa 2 dn fasa 3 je..pastu yg lain x dpt..kenape ye!!????

  1. Mohd fadli bin md noor

    Assalamualaikum. En,amri tolong sy boleh????..tolong mohon kan sy bantuan kerajaan .ape jenis bantuan kerajaan pun xpe..sbb sy xdpt ape pun bantuan kerajaan langsung ni.sy dpt bantuan str pun fasa 2 dn fasa 3 je..pastu yg lain x dpt..kenape ye!!????

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top