RUMAH MAMPU MILIK JOHOR : CARA PERMOHONAN
Tahukah anda cara permohonan RUMAH MAMPU MILIK JOHOR? Kepada warga penduduk Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah membangunkan sistem eRumah sebagai portal hartanah negeri Johor bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Bagaimana cara untuk membuat permohonan melalui portal eRumah dan katogori rumah? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PORTAL eRUMAH
Portal e Rumah dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat negeri Johor dalam memohon RMBJ, Lot Bumiputera dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR). Untuk makluman semua, Bahagian Perumahan berperanan dalam mengawal pengagihan rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kedai kos sederhana rendah swasta. Selain itu, ia juga menjaga kepentingan pemilikan bumiputera dalam pemasaran hartanah jenis dan menyelenggara kemudahan rumah sewa awam atau (PPR).
KADAR HARGA RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Berikut adalah merupakan katagori rumah RMMJ beserta kadar harga:
- Rumah Mampu Biaya A (RMB A) – RM42,000
- Rumah Mampu Biaya B (RMB B) – RM80,000
- Rumah Mampu Biaya C (RMB C) – RM150,000
- Rumah Mampu Biaya D (RMB D) – RM250,000 – RM300,000
- Kedai Kos Sederhana (KKS) – RM200,000
NOTA: Anda hanya perlu pastikan yang anda layak dulu, sebelum memohon dan memilih projek rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut skim:
1.Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Menetap di Johor selama 10 tahun
- Tak melebihi had pendapatan seisi rumah:
- RMB A – RM4,000
- RMB B – RM6,000
- RMB C – RM8,000
- RMB D – RM10,000
- KKS – RM13,000
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
- Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
- Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
- Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
- Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
- Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran
2.Lot Bumiputera
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
- Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RMMJ
1.Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk Sewa
- PPR dan Rumah Sewa Kerajaan
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon mestilah telah berkahwin, tetapi janda atau duda turut layak dipertimbangkan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuarters kerajaan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
- Hanya bujang yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibubapa layak dipertimbangkan.
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000.
- PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
- Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, dan peniaga sepenuh masa
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pemohon tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan).
- Pemohon perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan.
- Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
- Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon.
- Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Pemohon mesti tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia.
- Pemohon digalakkan sediakan Profil Perniagaan.
- Keutamaan diberi kepada penyewa yang menetap di kawan PPR yang berkenaan.
- Rumah Transit Belia Johor
- Warganegara Malaysia, berumur 18 – 30 tahun dan berkahwin.
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah
- Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Setelah meneliti syarat-syarat kelayakan di atas, berikut adalah cara permohonan menggunakan portal eRumah:
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Anda boleh mendaftar dengan membuka pautan berikut:
o Pendaftaran Akaun Baru
- Pemohon Log masuk ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi anda dengan tepat. Sila buka pautan di bawah untuk log masuk:
o Log Masuk Akaun Individu
- Pilih projek perumahan dan hantar permohonan
- Pemohon yang layak sahaja akan dimaklumkan untuk proses seterusnya
SEMAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Setelah anda membuat permohonan, berikut adalah cara membuat semakan:
- Layari pautan semakan permohonan pada pautan berikut: https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik cari
- Status permohonan akan dipaparkan beserta sebab jika permohonan anda ditolak
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh layari pautan rasmi SUKJ Bahagian Perumahan di pautan https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm
Baca juga :
Saya nak rumah petama
MEMOHON RUMAH DAERAH BATU PAHAT LOKASI PT YAANI.