PENDAPATAN SAMPINGAN : TAMBAHAN KEWANGAN ANDA

PENDAPATAN SAMPINGAN : TAMBAHAN KEWANGAN ANDA

Tahukah anda antara pendapatan sampingan yang boleh anda lakukan untuk menambah sumber kewangan anda? Kos sara hidup yang terus meningkat memerlukan kita untuk bersikap lebih proaktif dan kreatif dalam mengurus kewangan.Mungkin kebergantungan dengan satu pendapatan sahaja tidak cukup untuk menampung keperluan anda.

Sebenarnya ada banyak pekerjaan sambilan yang tidak memerlukan anda menggunakan semua 24 jam masa yang ada untuk bekerja, sebaliknya ada antaranya hanya memerlukan minat dan kemahiran untuk melakukannya.

Malahan ada antara anda sekarang yang mungkin sudah pun memiliki kemahiran berkenaan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, pekerjaan berkenaan juga boleh dilakukan di rumah, dengan hanya berbekalkan telefon bimbit, komputer riba dan sambungan internet.

Berikut adalah senarai Pendapatan Sampingan Yang boleh anda lakukan :

PEKERJA BEBAS ( FREELANCER)

  • Freelancer (pekerja bebas) menawarkan perkhidmatan tanpa terikat kepada mana-mana majikan. Justeru, anda boleh memilih pekerjaan sesuai dengan kepakaran, minat dan kemahiran anda. Sebagai contoh, jika anda suka menulis anda boleh mencari pekerjaan seperti penulis artikel, penulis report dan copywriting.
  • Anda boleh mencari pekerjaan sambilan ini di laman web Freelancer atau Upwork. Kebiasannya bayaran akan dibuat selepas anda selesai melakukan pekerjaan tersebut. Selain itu, anda juga boleh mencari perkejaan fizikal menerusi laman web GoGet atau Swifty.
  • Konsep pekerjaan sama sahaja, iaitu anda dapat memilih pekerjaan sesuai dengan kehendak dan kepakaran anda tetapi secara fizikal. Sebagai contoh pekerjaan mengemas rumah, menjadi penjual di gerai sementara dan membuat pembungkusan produk.
  • Selesai pekerjaan yang anda lakukan pada hari tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah yang sudah dipersetujui oleh anda dan majikan tersebut. Pekerjaan freelancer ini sesuai dilakukan ketika hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum anda.

PENDAPATAN SAMPINGAN AFFILIATE MARKETING

  • Affiliate Marketing merupakan suatu platform di mana anda memperkenal dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara dalam talian menerusi pautan khas yang disediakan, yang mana anda akan menerima komisen setiap kali pautan ini dibuka dan menjana jualan.
  • Kadar komisen pula bergantung kepada harga barang atau sudah ditetapkan oleh penjual. Jika anda mempunyai ramai pengikut di sosial media, mungkin anda berpeluang menjana lebih banyak pendapatan.
  • Antara syarikat yang menawarkan affiliate marketing adalah seperti Shopee, Lazada, Jd Sport dan Watsons yang mana anda hanya perlu mempromosikan produk secara dalam talian. Ada yang berjaya memperoleh sehingga ratusan malah ribuan ringgit bergantung kepada kaedah pemasaran yang anda lakukan.
  • Anda boleh dapatkan cara untuk mendaftar dan syarat kelayakan dalam laman web syarikat yang menawarkan pekerjaan ini dan jika anda ingin turut serta, kebiasaannya anda hanya perlu isikan maklumat diri untuk memohon dan menunggu kelulusan.
  • Pastikan anda bijak mempromosikan barangan dengan berkesan supaya dapat menarik minat orang ramai untuk membeli menerusi pautan yang anda kongsikan.

MENJUAL REKAAN GRAFIK

  • Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang rekaan grafik, anda boleh menjual hasil kerja anda di laman web seperti Canva, Etsy dan Fiverr untuk menjana pendapatan tambahan.
  • Anda boleh menjana pendapatan dari RM5 hingga RM150 bagi setiap rekaan Canva yang dibeli oleh pengguna. Bagaimanapun, anda juga perlu melakukan sedikit kaji selidik untuk memastikan rekaan anda memenuhi cita rasa pengguna masa kini dan sesuai untuk digunakan dalam iklan dan reka bentuk masa kini.
  • Sebelum bermula, pastikan anda memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Canva termasuklah untuk perkara seperti hak cipta dan sebagainya.
  • Harga yang ditawarkan juga perlulah sesuai dengan rekaan anda, atau mungkin anda boleh mengenakan harga yang murah bagi permulaan.
  • Jadi jika anda memang berbakat, kreatif dan mempunyai kemahiran dalam bidang ini, pastinya anda boleh cuba untuk menambah pendapatan menerusi kaedah ini.

PENDAPATAN SAMPINGAN MENJUAL GAMBAR DAN VIDEO

  • Jika anda mempunyai hobi dan mempunyai minat yang mendalam untuk mengambil gambar atau menghasilkan video, anda boleh menjana pendapatan menerusi gambar yang anda ambil. Antaranya, anda boleh menjual gambar berkenaan di Shutterstock.
  • Shutterstock adalah platform yang terkemuka di dunia yang menjual dan membeli gambar dan video. Oleh itu, jangan simpan sahaja gambar atau video yang anda hasilkan, daftar segera akaun Shutterstock dan muat naik gambar atau video untuk mula menjual.
  • Jika gambar atau video anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Shutterstock, ia akan dipromosikan di pasaran antarabangsa Shutterstock.
  • Harga gambar ditetapkan oleh Shutterstock dan bergantung kepada kualiti gambar, kebiasaannya harga yang ditetapkan ialah antara RM0.23 hingga RM500 untuk setiap keping.
  • Yang paling menarik, Shutterstock tidak menetapkan bahawa hanya gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR sahaja yang diterima, jadi menggunakan telefon bimbit sahaja sudah memadai.
  • Yang penting, gambar berkenaan memenuhi syarat ditetapkan seperti ukuran, fokus dan kecerahan gambar.
  • Namun begitu, pastinya memiliki kamera DSLR atau kamera lain yang canggih membuka peluang lebih besar untuk gambar atau video anda diterima oleh Shutterstock.

SERVIS PENGHANTARAN

  • Servis penghantaraan barangan dan makanan atau membawa penumpang tidak asing lagi pada masa sekarang. Ramai memilih pekerjaan ini kerana pendapatan yang ditawarkan adalah lumayan. Justeru tidak hairan jika ada yang menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa.
  • Servis penghantaran ini terbahagi kepada dua iaitu e-hailing dan p-hailing. E-hailing ialah servis penghantaran penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain melalui aplikasi dalam talian seperti GrabCar, Maxim dan AirAsia Ride.
  • Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah kereta anda perlu melepasi kriteria yang ditetapkan, seperti mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang aktif.
  • P-hailing pula ialah perkhidmatan penghantaran barang seperti makanan, minuman dan bungkusan dengan menggunakan motosikal. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini ialah GrabFood, Food Panda, PosLaju dan J&T.
  • Pada masa ini, perkhidmatan e-hailing dan p-hailing ini menerima permintaan tinggi dan dapat menjana pendapatan yang lumayan, lebih-lebih lagi jika anda sanggup bekerja di waktu puncak.

DROPSHIP

  • Dropship merupakan kaedah menjual produk tetapi tidak perlu menyimpan stok kerana pengilang atau pengedar akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Tugas utama dropshipper ialah memasarkan dan mengambil pesanan pembeli.
  • Anda dapat menjana pendapatan dengan menjual barangan berkenaan pada yang berminat, namun tidak perlu menyediakan tempat jualan untuk menjual produk berkenaan. Ini menjimatkan dari segi penyewaan lokasi perniagaan.
  • Dropship berbeza dengan affiliate marketing kerana menerusi dropship anda boleh menetapkan harga mengikut kehendak anda.
  • Oleh itu ramai dropshipper yang mencipta laman web sendiri dan menetapkan harga barangan mengikut kehendak mereka, tetapi produk yang mereka jual adalah produk orang lain.

JAWAB KAJI SELIDIK

  • Pekerjaan menjawab soalan selidik dalam talian sangat mudah, dan ia tidak memerlukan kepakaran yang tertentu. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah baca dan jawab soal selidik tersebut mengikut pandangan anda.
  • Pekerjaan ini fleksibel dan anda boleh lakukan ketika waktu lapang atau bila-bila anda rasa ingin menjawab soal selidik ini.
  • Anda akan diberi ganjaran setelah menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam bentuk mata ganjaran. Jumlah bayaran bergantung kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan ini, seperti Triaba yang membayar RM1.17 hingga RM20.53 setiap soalan yang dijawab.
  • Kebiasaan setiap soal selidik akan dibayar dalam lingkungan RM1 hingga RM5 sahaja, tetapi jika anda bertuah mungkin anda boleh dapatkan RM20 bagi satu soal selidik.
  • Pelbagai lagi website yang menawarkan pekerjaan ini, seperti ySense, Toluna dan Surveoo yang masing-masing menawarkan bayaran sehingga RM4.69 setiap soal selidik yang ditawarkan.
  • Walaupun pendapatan yang ditawarkan kelihatan sedikit, tapi anda boleh menjawab banyak soal selidik dan mengeluarkan jumlah duit yang terkumpul.

MENGULAS BUKU

  • Jika hobi anda ialah membaca, pekerjaan sampingan ini mungkin sesuai untuk anda. Ini kerana anda dapat menjana pendapatan setiap kali anda membaca dan mengulas buka berkenaan.
  • Ulasan tersebut meliputi gaya penulisan, tema, analisis dan pendapat anda mengenai buku tersebut. Pekerjaan ini memerlukan kemahiran bahasa dan analisis yang baik.
  • Pekerjaan seperti ini ada ditawarkan dilaman web seperti Freelancer dan Upwork. Ulasan anda akan dijadikan sebagai review untuk orang ramai dan anda akan dibayar sesuai dengan ulasan yang anda berikan.

KESIMPULAN PENDAPATAN SAMPINGAN

Pendapatan sampingan boleh menjadi cara yang bagus untuk meningkatkan pendapatan Anda di samping pekerjaan utama atau sumber pendapatan lainnya. Ini boleh jadi dari berbagai sumber, seperti pekerjaan separuh masa, usaha sampingan, investasi, atau bahkan dari hobi yang boleh di-monetize. Namun, pastikan untuk mempertimbangkan waktu dan tenaga yang Anda miliki agar tidak mengganggu keseimbangan hidup Anda.

 

Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top