JENIS KHEMAH YANG POPULAR DI MALAYSIA
Tahukah anda jenis khemah yang popular di malaysia? Aktiviti berkhemah adalah kegiatan luar yang menyeronokkan dan mendidik di mana peserta berkumpul untuk tinggal di alam semula jadi, biasanya di kawasan perkhemahan. Aktiviti ini melibatkan pelbagai kegiatan seperti memasang khemah, memasak makanan di atas api unggun, mendaki, menikmati alam semula jadi, serta berinteraksi dengan rakan sebaya.
Kini aktiviti berkhemah mula menjadi trend kepada netizen di Malaysia. Boleh dikatakan setiap lokasi dan kawasan perkhemahan sentiasa penuh dengan kunjungan pengemar aktiviti outdoor terutamanya ketika waktu cuti umum dan hujung minggu.
Tidak dinafikan khemah merupakan salah satu peralatan penting yang wajib dimiliki oleh pengemar outdoor. Pelbagai jenis khemah yang di jual di pasaran. Tetapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis khemah yang di jual di pasaran. Pemilihan tepat jenis-jenis khemah akan memudahkan penggunaannya. jom kita kenal dengan jenis khemah yang paling popular di Malaysia.
THE BASIC RIDGE TENT
Khemah paling asas dan mudah dijumpai di pasaran. Khemah klasik ini amat mudah dibina dengan mendirikan 2 batang tiang di setiap hujung dan sebatang tiang secara melintang sudah cukup untuk mendirikan khemah ini. Khemah ini masih menjadi pilihan kerana mudah dibawa dan senang dilipat kecik serta ringan untuk diletakkan di dalam beg. Kebiasaannya khemah seperti ini dibawa oleh kaki hiking atau trekking yang memerlukan perjalanan yang jauh dan ingin mengurangkan bebanan beg yang akan dibawa nanti ketika aktiviti.
DOME TENT
Merupakan khemah paling popular di pasaran kerana mudah dipasang dan disimpan. Kebanyakkan khemah jenis ini disertakan dengan 2 tiang yang flexible dan jenis kain yang ringan. Selain mudah dipasang, bentuk khemah yang gelembung ini dapat memberi banyak ruang di dalamnya. Khemah seperti ni kebiasaannya ringan dan sangat mudah dibawa ke mana-mana terutama ketika melakukan aktiviti outdoor yang extreme.
FRAME TENTS
Kini khemah ini telah menjadi pilihan buat keluarga yang inginkan perkhemahan secara beramai-ramai. Khemah seperti ini memberi banyak ruang kepada penggunanya selain tempat tidur yang selesa. Barang-barang keperluan lain juga boleh diletakkan di dalam khemah di kawasan ruangan yang luas di dalam ataupun di tengah-tengah khemah. Untuk memasangnya, khemah terlebih dahulu perlu didirikansecara berasingan dan kanvas tambahan perlu diletakkan bersamanya untuk memaksimumkan ruangan yang ada. Khemah ini tidak begitu sesuai kepada kaki hiking atau trekking yang memerlukan perjalanan dan pendakian berjam-jam di dalam hutan atau gunung memandangkan khemah seperti ini boleh dikatakan berat dan mengambil banyak ruang.
INFLATABLES TENTS
Satu lagi jenis khemah yang menjadi pilihan pengguna yang berkeluarga kerana amat mudah dipasang. Khemah seperti ini boleh dikatakan masih baru dipasaran. Khemah seperti ini tidak mempunyai sebarang tiang untuk menyokong binaannya. Cukup mudah, hanya dengan mengepam angin ke tiub angin yang tersedia sudah cukup mendirikan dan mengukuhkan binaan khemah seperti ini. Cuma pengguna perlu membawa sekali pam angin tambahan yang sesuai untuk khemah ini. Kadang kala tidak semua jenis pam angin yang terdapat dipasaran sesuai digunakan untuk mengepam khemah seperti ini. Jadi perlu memastikan pam angin yang dibeli sesuai untuknya. Walaupun mudah, khemah seperti ini berat dan tidak datang dengan harga yang murah.
HOOP TENTS
Khemah mudah lentur yang cukup popular kini. Di lengkapi dengan tiang yang berbentuk gegelung dan mudah lentur akan memudahkan proses pemasangan dan penyimpanan. Pengguna juga tidak perlu bersusah payah untuk mendirikan khemah dengan memasangnya satu persatu. Khemah akan berbentuk separa bulat dan mempu memberi ruang yang selesa untuk tidur. Khemah ini kebiasaannya sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Cuma khemah ini tidak sesuai untuk keluarga yang ramai kerana ruang kapasitinya hanya untuk 1-2 orang sahaja.
KESIMPULAN
Bagi mereka yang ingin menyertai aktiviti berkhemah, penting untuk mempersiapkan diri dengan peralatan dan pengetahuan asas berkhemah seperti cara memasang khemah dengan betul, teknik memasak di alam terbuka, dan etika alam sekitar. Dengan persediaan yang betul, aktiviti berkhemah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna bagi semua peserta.
Baca Juga :