DERMASISWA ZAKAT KEDAH : BANTUAN PELAJAR IPT
Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah kini telah dibuka untuk permohonan. Para pelajar yang layak dipelawa memohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah ini yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. Pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.
APA ITU DERMASISWA ZAKAT KEDAH
Bantuan ini merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi.
Berikut dikongsikan maklumat bagi Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Kedah khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan & Indonesia.
DASAR AGIHAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH
Dasar agihan Bantuan adalah seperti berikut:
- Dasar agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi skim bantuan Pendidikan di bawah peruntukan tahun yang telah diluluskan pada Mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah.
- Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan bantuan pengajian kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
- Bantuan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2022/2023.
- Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
SYARAT DERMASISWA ZAKAT KEDAH UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MESIR
Bantuan Dermasiswa Kedah yang melanjutkan pelajaran ke Mesir adalah seperti berikut:
- Pemohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
- institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
- Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
-
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
- Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan
- Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
- Salinan akaun bank pemohon
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)
SYARAT DERMASISWA ZAKAT KEDAH UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN
Bantuan Dermasiswa Kedah yang melanjutkan pelajaran ke Jordan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
- Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian
- Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
-
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
- Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar
- Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar
- Salinan akaun bank pemohon
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar )
SYARAT DERMASISWA ZAKAT KEDAH UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE INDONESIA
Bantuan Dermasiswa Kedah yang melanjutkan pelajaran ke Indonesia adalah seperti berikut:
- Pemohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /
- institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
- Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
- Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
-
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
- Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
- Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2022/2023) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
- Salinan akaun bank pemohon
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)
KADAR DERMASISWA ZAKAT KEDAH
Kadar Bantuan mengikut tempat melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:
TARIKH PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH
Tarikh permohonan akan dikemaskini.
CARA PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH
Pemohonan Bantuan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :
- ( Dermasiswa Mesir )
- ( Dermasiswa Jordan )
- ( Dermasiswa Indonesia )
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan:
http://bit.ly/GarisPanduanDermasiswa
Sebarang persoalan boleh hubungi:
Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia
Bahagian Pendidikan
Aras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel : 1800-88-1740 / whatsapp : +60 19-910 6349
BACA JUGA :