CARA MOHON EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN

CARA MOHON EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon ewallet RM300 sebulan? Pengkreditan bantuan tunai menerusi aplikasi e-Wallet mendapat banyak reaksi yang positif daripada penerima sebelum ini yang menyatakan bahawa inisiatif ini perlu diteruskan kerana dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya dengan baik untuk pelbagai transaksi.

Bagaimanakah cara memohon bantuan ewallet rm300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

APA ITU BINGKAS SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”

PERUNTUKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Setiap tahun Kerajaan negeri memperuntukan RM108 juta khas untuk 30,000 rakyat Malaysia yang memohon serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Setiap penerima akan menerima sebanyak RM300 setiap bulan yang bersamaan RM3,600 setahun.

KELEBIHAN MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang diperoleh daripada bantuan ini :

BIL. KELEBIHAN-KELEBIHAN
1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet
boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan
asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
tanpa perlu mengeluarkan tunai.
3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan
asas.
4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan
hadapan.
5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap
bulan secara automatik.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Bantuan e-Wallet RM300 sebulan :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

CARA MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024

Ikuti cara memohon Bantuan e-Wallet RM300 sebulan secara online melalui laman rasmi seperti berikut :

PERKARA PAUTAN
Permohonan Bantuan
e-Wallet RM300 sebulan
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  5. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  6. Klik [Sahkan OTP].
  7. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  8. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  9. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  11. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  12. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  13. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  14. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  15. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  16. Tekan butang [Hantar].
  17. ‘Pendaftaran anda telah berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Baca Juga :

 

2 thoughts on “CARA MOHON EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top