CARA KEMASKINI STR 2024 : UPDATE MAKLUMAT

CARA KEMASKINI STR 2024 : UPDATE MAKLUMAT

Tahukah anda cara kemaskini STR 2024? STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.Adakah anda perlu buat kemaskini STR 2024?

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan sumbangan tunai kepada golongan B40Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.

APA ITU STR 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

KEMASKINI STR 2024

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sebelum ini telah menerima bantuan ini, kemaskini STR boleh dilakukan di laman web rasmi STR. Berikut adalah caranya:

KATEGORI PENERIMA STR 2024

Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
  • mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

 

SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021, dan BKM 2022.
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Penerima bantuan ini akan menerima jumlah pembayaran mengikut kategori masing-masing.

TARIKH BAYARAN STR

Pembayaran bantuan ini akan dibuat pada tarikh berikut:

Fasa Pembayaran:

  • Fasa 1: Bermula 29 Januari  2024 secara berperingkat.
  • Fasa 2: April*
  • Fasa 3: Julai*
  • Fasa 4: November*

CARA KEMASKINI STR 2024

Untuk kemaskini maklumat bagi tahun 2024, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ untuk membuat kemaskini.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik butang ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Teruskan’ setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang ‘Sahkan Captcha.’
  8. Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat dan kemudian ‘Tick’ butang berikut.
  9. Klik butang ‘Hantar’ untuk meneruskan permohonan.
  10. Permohonan berjaya dihantar.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai kemaskini STR boleh didapati di laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top