BIASISWA SEKOLAH RENDAH PAHANG : YAYASAN PAHANG
Tahukah anda syarat kelayakan BIASISWA SEKOLAH RENDAH PAHANG? Yayasan Pahang adalah agensi milik penuh Kerajaan Negeri yang beroperasi untuk menjaga kepentingan kecemerlangan pendidikan anak-anak Pahang. Pelbagai program diwujudkan bertujuan memertabatkan masyarakat melalui pelbagai program antaranya pemberian biasiswa, pinjaman pendidikan, program peningkatan kecemerlangan pendidikan, kebajikan, kemasyarakatan dan sukan. Sehingga kini hampir RM1bilion telah dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada hampir 1 juta anak-anak Pahang dari pelbagai lapisan dan kategori dari seluruh negeri.
APA ITU BIASISWA SEKOLAH RENDAH PAHANG?
Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.
Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.
Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.
Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.
Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH PAHANG
-
- Kriteria kelayakan Biasiswa (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
- Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.
MAKLUMAT LANJUT
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
09-518 1800
ypahang@yp.org.my
BACA JUGA :