BIASISWA SEKOLAH MENENGAH PAHANG : YAYASAN PAHANG 

BIASISWA SEKOLAH MENENGAH PAHANG : YAYASAN PAHANG

Tahukah anda syarat kelayakan BIASISWA SEKOLAH MENENGAH PAHANG? Yayasan Pahang adalah agensi milik penuh Kerajaan Negeri yang beroperasi untuk menjaga kepentingan kecemerlangan pendidikan anak-anak Pahang. Pelbagai program diwujudkan bertujuan memertabatkan masyarakat melalui pelbagai program antaranya pemberian biasiswa, pinjaman pendidikan, program peningkatan kecemerlangan pendidikan, kebajikan, kemasyarakatan dan sukan. Sehingga kini hampir RM1bilion telah dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada hampir 1 juta anak-anak Pahang dari pelbagai lapisan dan kategori dari seluruh negeri.

Dimaklumkan bahawa sumber utama Yayasan Pahang adalah daripada hasil ladang kelapa sawit melalui anak syarikatnya YP Plantations Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini menyumbang 60% dana aktiviti Yayasan Pahang yang berjumlah RM315 juta sehingga tahun 2015 atau purata RM50 juta setahun. Pengurusan menjangkakan dalam tempoh terdekat, syarikat ini mampu membiayai keseluruhan aktiviti Yayasan Pahang.

APA ITU BIASISWA SEKOLAH MENENGAH PAHANG?

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.

Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA SEKOLAH MENENGAH PAHANG

KELAYAKAN MEMOHON
Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah) adalah seperti berikut:
  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  10. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

MAKLUMAT LANJUT

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

09-518 1800

ypahang@yp.org.my

LAMAN RASMI YAYASAN PAHANG

BACA JUGA :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top