BATERI KONG : TANDA-TANDA, PUNCA DAN JENIS BATERI
Tahukah anda tanda bateri kereta kong? Bateri adalah satu elemen yang paling penting dalam sistem elektrik kenderaan dan antara komponen yang wajib diganti setiap dua tahun bergantung kepada cara penjagannya. Buat yang tak tahu, bateri dalam kereta ni berfungsi untuk menyediakan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa kereta tak digunakan.
JENIS BATERI KERETA & JANGKA HAYAT SEBELUM BATERI KONG
- Bateri Sel Kering
- Bateri kering atau dikenali juga sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) merupakan satu jenis bateri kereta yang tak memerlukan sebarang penyelenggaraan dan mudah dijaga. Bateri kering ini juga tak memerlukan air bateri. Ini bermakna korang tak perlu risau untuk menambah air bateri. Apa yang korang perlu berikan perhatian adalah jangka hayat bateri kering tersebut. Apabila melepasi jangka hayat bateri kereta, kita wajib tukar! Jangka hayat bagi bateri kereta kering ni adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun. Ia juga bergantung kepada penggunaan kereta. Dari segi harga pula, bateri kereta kering adalah lebih mahal daripada bateri kereta basah.
- Bateri Kereta Basah
- Bateri kereta basah atau sel basah adalah sejenis bateri yang perlu menggunakan air bateri. Selalunya, jangka hayat bateri jenis basah ini bergantung kepada kekerapan korang menggunakan kereta. Jika korang nak gunakan bateri jenis ini, korang perlu beri perhatian sebab bateri ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Sekiranya korang sering menggunakan kereta untuk urusan harian, korang wajib periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan daripada menjadi kering. Kalau jarang menggunakan kereta, kena juga periksa. Tapi korang boleh periksa setiap 2 atau 3 minggu sekali. Nak menambah air bateri tak boleh tambah ikut suka. Kena ikut sukatan yang disyorkan. Air bateri tak boleh kurang atau lebih daripada yang telah ditetapkan.
- Bateri Gel
- Bateri kereta jenis gel pula adalah sejenis bateri kereta yang baru-baru muncul di pasaran. Ia boleh menjangkau sekitar dua tahun atau kurang jangka hayatnya. Bateri ini harganya jauh lebih mahal berbanding bateri sel kering dan bateri sel basah. Walaubagaimana pun, bateri kereta jenis jel ni mampu bertahan lima sehingga 10 tahun, bergantung kepada penggunaan. Bateri jenis ini dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal. Inilah yang menjadikan bateri gel ini lebih selamat, mesra alam dan dapat menahan dua kali lebih banyak kitaran pengecasan dan pelepasan (sehingga 400).
PUNCA BATERI KONG
Berikut adalah antara factor-faktor yang menyebabkan bateri kong:
- Lupa Tutup Lampu Kereta
- Kes lupa tutup lampu kereta ni memang selalu terjadi. Lampu di dalam kereta mahupun di luar, kalau ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menjadi penyebab bateri kereta kong. Jadinya, korang kena semak setiap suis lampu kereta korang dimatikan sebelum keluar kereta. Ada kalanya kita perasan mentol lampu kita dah terbakar. Bila tak sedar dan tak nampak lampu itu menyala, boleh menyebabkan korang tak tutup suis lampu sekaligus menyebabkan bateri kereta kong dan tak boleh start.
- Aksesori Kereta Berlebihan
- Yang menggemarkan aksesori kereta seperti power amp dengan watt yang besar, woofer, sistem audio yang gempak, alarm kereta yang canggih dan bermacam-macam lagi, korang mungkin kurangkan. Sebabnya aksesori-aksesori kereta yang berlebihan ini adalah punca bateri kereta boleh jadi kong! Korang disarankan untuk pakai bateri yang besar supaya boleh seimbangkan dengan jumlah tenaga yang digunakan.
- Litar Pintas
- Untuk pengetahuan korang, kereta memerlukan sistem elektrik untuk enjin dihidupkan sebelum boleh dipandu. Perlu diingat, di sebalik sebuah kereta yang power, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta termasuklah bateri. Penggunaan wayar yang tak baik boleh mengganggu kawalan perintang kepada arus sekaligus menyebabkan bateri kereta kong. Selain itu, sekiranya litar pintas terjadi, ia boleh menyebabkan kereta terbakar.
- Alternator Tak Cas Bateri
- Salah satu punca bateri kereta kong yang lain adalah masalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai ejen pengecas bateri apabila kereta sedang berjalan. Sekiranya alternator kereta rosak, bateri tak dicas. Ini menyebabkan bateri kereta kong. Apabila alternator bermasalah, jumpstart tak dapat menyelesaikan masalah.
- Kereta Lama Tak Start
- Bila korang jarang menggunakan kereta, atau jarang menghidupkan enjin kereta, ia boleh menyebabkan bateri kereta kong. Setiap jenis kereta perlu dihidup dan digerakkan dengan kerap untuk membolehkan bateri kereta caj. Kereta perlu dihidupkan sekurang-kurang 10-15 minit setiap hari. Lagi-lagi untuk korang yang sedang bekerja dari rumah dan tak menggunakan kereta, luangkan sedikit masa untuk hidup dan jalankan kereta. Nanti melayang pula duit!
- Bateri Kereta Tamat Tempoh Hayat
- Selalunya, jangka hayat bateri kering dalam lingkungan lebih kurang satu setengah tahun sehingga dua tahun sehaja. Korang kena alert dengan tarikh pembelian supaya tak terlupa untuk menggantikan bateri kereta yang baru. Apa yang korang boleh buat is set reminder pada telefon bimbit korang, dengan cara ini korang takkan terlepas untuk menggantikan bateri kereta korang. Mudah kan?
CARA KENALPASTI BATERI KERETA KONG
Berikut merupakan tanda bateri kereta lemah & perlu ditukar.
- Kereta Tak Boleh Start atau Susah Nak Start
- Selalunya, bila kita hidupkan enjin kereta, ia hanya mengambil masa 3-5 saat saja untuk dihidupkan. Tapi lain kesnya apabila mampunyai bateri kereta yang hampir nak kong. Ia akan memerlukan lebih masa dan korang perlu mencuba menghidupkan kereta untuk beberapa kali sebelum enjin boleh dihidupkan. Bila dah ada kes-kes sebegini, jangan tak tahu, ini sebenarnya antara petunjuk yang paling jelas bahawa bateri kereta korang semakin lemah dan sudah tiba masanya untuk gantikan bateri kereta dengan bateri yang baru.
- Lampu Amaran Kereta Menyala
- Perhatikan papan pemuka yang berada di depan stereng. Bila caj bateri korang menurun ke tahap yang kritikal kerana tak mampu menyimpan caj, ataupun bateri tak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri kereta akan timbul pada papan pemuka. Bila simbol bateri sudah berkelip-kelip di papan pemuka, itu bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan bateri dan korang kena periksa serta merta.
- Kereta Bau Busuk
- Sebelum korang marah kawan, partner, atau keluarga korang sebab kentut dalam kereta, jangan tak percaya, bateri yang rosak dan kong juga boleh menghasilkan bau busuk. Macam mana bateri boleh hasilkan bau busuk? Sebenarnya, bau busuk ini terjadi apabila berlaku litar pintas pada bateri, dan asid sulfurik mungkin sudah pun bocor sekaligus melepaskan gas busuk itu. Jika ini berlaku, ia sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen-komponen lain dalam kereta korang. Bukan itu je, disebabkan kereta korang dah busuk, korang juga kena cari cara hilangkan bau busuk dalam kereta yang berlaku disebabkan oleh bateri kereta ini.
- Alarm Kereta Berbunyi Sendiri
- Kadang-kadang bila berlaku alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ni membuatkan kita pula yang gelabah tak tentu pasal. Kebiasaannya, alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ini adalah kereta model TOYOTA ataupun PROTON. Apabila ia mula berbunyi tak tentu hala, itu adalah tanda bateri kereta perlu ditukar dengan segera.
CARA HIDUPKAN SEMULA BATERI LEMAH
cuba baca tips di bawah ini:
- Periksa Sambungan Terminal Bateri Kereta
- Cuba semak sambungan terminal bateri korang, bersambung dengan baik ke tak? Korang kena pastikan terminal bateri itu bersambung. Kalau macam tak pasti, korang boleh gerakkan atau putarkan sedikit sambungan tu. Tapi ingat, kena berhati-hati!
- Bersihkan Terminal Bateri Kereta
- Kalau ada nampak macam kotoran berwarna putih di bateri kereta, cuba bersihkan. Kadang-kadang, kotoran itu boleh menyebabkan aliran elektrik tak dapat disampaikan kepada lalu menyebabkan bateri menjadi kurang efisien.
- Lakukan Jump Start Kereta
- Kalau korang ada jumper dalam kereta, inilah masanya untuk tunjukkan kepakaran korang melakukan jump start! Tapi, nak lakukan jump start kereta, perkara-perkara yang korang kena beri perhatian buat yang pertama kali buat.
- Semak buku manual. Ini kerana sesetengah kereta tak sesuai untuk melakukan jump start kerana sistem litar yang sensitif.
- Periksa jika bateri kereta korang berkarat, retak, bocor atau rosak. Jika ada ciri-ciri ini, jangan lakukan jump start.
- Jangan lupa juga untuk matikan enjin sebelum melakukan jumpstart. Radio, lampu hadapan, dan sebagainya harus dimatikan.
- Selepas matikan enjin, pastikan korang cabut kunci kereta.
- Untuk melakukan jump start, korang memerlukan kereta lain yang baterinya elok dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar daripada kereta korang. Sekiranya kapasiti kereta si pemberi bantuan lebih rendah, ia boleh mendatangkan bahaya. Boleh jadi lintas pintas kalau tak hati-hati. Gunakan soft skill korang untuk mintak tolong sesiapa yang berdekatan.
CARA JUMPER KERETA YANG BETUL
Berikut merupakan cara jumper kereta dengan betul;
- Sambungkan klip kabel jumper dengan penuh berhati-hati.
- Sentiasa mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta si penderma. Terminal positif selalunya ada penutup plastik warna merah berserta simbol (+).
- Selesai langkah itu, sambungkan pula kabel jumper kereta penderma dengan terminal positif bateri kereta yang kong.
- Bila kereta dah boleh start, jangan terus matikan. Hidupkan sekurang-kurangnya selama 15 minit dulu. Ini penting untuk pengecasan bateri.
- Lepas dah okay, korang dah boleh bawa kereta macam biasa. Inilah pentingnya ada jumper dalam kereta
Namun, sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, anda juga boleh hubungi pihak Insurans
- Kalau dah tak ada cara lagi, korang boleh telefon pihak insurans korang untuk datang membantu.
Baca Juga :