BARANG POS LAMBAT SAMPAI : CARA BUAT ADUAN SKMM
Anda pasti pernah merasa kecewa apabila barang pos lambat sampai? Sepertimana yang kita semua maklum terdapat sesetengah syarikat penghantaran yang suka ‘delay’ atau ‘peram’ barang-barang hingga berminggu-minggu, kadang-kadang bila dah lama sangat, barang tiba-tiba diisytihar hilang dan pihak syarikat tidak mahu untuk bertanggungjawab.
Meskipun kita sudah membayar wang penghantaran dimana sepatutnya mereka menghantar barang tersebut hingga ke rumah, namun ada sebahagian syarikat kurier pula yang minta kita membuat tuntutan di pejabat mereka.
Sekiranya ini terjadi, mengapakah kita perlu membayar kos penghantaran kalau akhir sekali kita sendiri yang perlu pergi ambil
Walaupun keadaan ini sering kali terjadi, namun masih ramai dari kalangan orang awam yang tidak tahu yang anda sebenarnya boleh membuat laporan terhadap servis penghantaran syarikat kurier kepada SKMM.
Akibat dari kekurangan laporan dari orang ramai, ini menyebabkan pihak syarikat kurier masih memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan. Ini kerana tiada apa-apa Tindakan dapat di ambil oleh SKMM.
Peka terhadap permasalahan ini, disini kami kongsikan cara untuk membuat aduan jika anda berhadapan dengan masalah barang pos lambat sampai.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BARANG POS LAMBAT SAMPAI
Berikut adalah langkah – langkah dan cara untuk buat laporan terhadap masalah pos lambat sampai @ kena ‘peram’ lama di pusat pengumpulan barang.
- Layari laman web https://aduan.skmm.gov.my/
- Klik Aduan Baru
- Isikan Butiran seperti di bawah:
- Jenis Aduan : Complaint
- Jenis Perkhidmatan : Postal / Courier Services
- Kategori : Postal & Courier Services
- Sub Categori :
- Late Delivery (Jika Barang Lambat Sampai)
- Lost Letters/parcel (Jika Barang Hilang)
- Poor Service Delivery (Jika Tak Ketuk Tak Jalan)
- Postman Attitude Conduct (Jika posmen tu banyak songeh)
- Pembekal Perhidmatan : Korang pilih jer mana satu postage company yang bermasalah untuk hantar barang anda.
- Isikan maklumat pengadu hingga lengkap
- Isikan Maklumat aduan, tulis jer segala perkara yang anda tak puas hati kat situ.
- Masukkan Lokasi Anda di bahagian lokasi masalah.
- Sila upload segala bukti yang anda ada untuk kukuhkan lagi aduan anda. Bukti-bukti anda tu boleh jadi screenshot tracking barang anda, atau audio perbualan anda dengan posmen atau customer service mereka.
- Masukkan Capcha code yang terpapar kat situ
- Tick pada bahagian pengesahan
- Klik butang hantar/submit.
Baca Juga :