BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH : SENARAI UNTUK MOHON

BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH : SENARAI UNTUK MOHON

Tahukah anda senarai bantuan yang di tawarkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang boleh anda mohon? Bantuan Zakat Kedah boleh dimohon oleh golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dimana kelulusan permohonan tertakluk kepada keputusan proses siasat oleh Pegawai Zakat.

APA ITU BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH?

Pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Kedah Warganegara Malaysia dan tinggal di Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar). Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.

SENARAI BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH

Bantuan Zakat Kedah ada menyediakan beberapa bantuan untuk mereka yang berkelayakan.

Antara senarai bantuan yang boleh dipohon ialah :

  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Perumahan
  • Bantuan Pendidikan
  • Bantuan Pembangunan Ummah
  • Bantuan Musibah Alam
  • Bantuan Ekonomi/Jayadiri

SENARAI AGIHAN BANTUAN LEMBAGA ZAKAT KEDAH

Agihan Kepada Individu

  1. Agihan Kewangan Bulanan
  2. Agihan Makanan Bulanan
  3. Agihan Miskin Tahunan
  4. Agihan Sara Hidup Sekaligus
  5. Agihan Saudara Baru Permulaan
  6. Agihan Kepada Orang Berhutang
  7. Agihan Tambang Pulang
  8. Agihan Perkahwinan Saudara Baru

SYARAT PERMOHONAN ZAKAT NEGERI KEDAH

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Kedah.

CARA MOHON BANTUAN ZAKAT KEDAH

Permohonan bantuan bulanan zakat Kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ia bertujuan meringankan golongan asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman;

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN

Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh semak status bantuan melalui laman dibawah:

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Melalui Emel, boleh memberi sebarang cadangan, pertanyaan atau aduan anda ke :

Emel : [email protected] / [email protected] atau,

Boleh pergi ke pejabat rasmi di;

Menara Zakat,

Jalan Teluk Wan Jah,

05200, Alor Setar,

Kedah

Tel    : 04-733 1740

Faks : 04-731 6280

Baca Juga :

6 thoughts on “BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH : SENARAI UNTUK MOHON”

  1. Sharifah b.t mustafa

    Salam tuan.
    Sy cuma nk tanya ja.mak sy ni layak dak dpt bantuan Dr zakat ni.mak sy dh umoq 60 lbeh.ank laki ada 3 oqg.ank laki yg no 2 xleh Kja sbb penyakit penat.anak laki ke3 sbelom ni Kja sekuriti.skrg dh x Kja LG.sbb dia ada masaalh ckit dgn mental.tp blh dikawal.yg sulung buat kja2 tukang kg.msa ada Kja alhamdulillah kami sekuarga.klu xdak kja.mmg xdak lnsg blnja kami ni.ank pompuan ada 2.harap yg pompuan soqg BG blnja KLU masa2 xdak ni.yg pompuan soqg LG kategori susah LA jgk.sekian cerita sy kt tuan.layak ka sy dptkn bntuan bulanan ni
    Dh mnx bantuan kt JKM.4.5 KALI P X BLH2.kecewa btoi dgn JKM ni.salam tuan.trima kaseh

  2. Mita pegawai zakat kulim ambil perhatian hal ini .sy jemput pegawai zakat kulim datang sendiri kerumah ibu sy .bila2 shj tuan boleh datang .daerah mesjid Janatulmakwa

  3. Surat dari pejabat zakat kulim mak saya tidak layak dapat zakat tahun NIE last bulan 9/2024 atas tidak layak pendapatan keluarga tuan/puan melebihi had kelayakan tidak melepasi had kifayah.kenapa mak sy warga emas tinggal sorang shj .ank2 semua dah berkeluarga berapa sen sangat nk bagi duit kat ibu depa pun ada tanggungan byr intan umrah ank2 sekolah kerja kilang berapa sen sangat gaji lain Klau kerja kerajaan Ay minta pegawai daerah Kulim datang sendiri kerumah dan lihat sendiri ibu sy layak ke xlayak jgn duk harap maklumat dari manusia yg xkenal manusia

  4. Che Jamil bin Che awang

    Asalamualaikum..puan,tuan disini sy hanya hendak mendapatkan jawapan untuk masalah mak sy..usia mak sy 78 tahun diketegeri kn warga emas,dimklum kn sebelum ini mak sy pernah menerima zakat Amen setiap bulan,,tetapi pihak zakat telah menghentikan pembayaran zakat tersebut,,Tampa sebarang info yg tepat untuk info mak sy atau keluarga,,mak sy hanya tinggal berdua di kmpog bersama kakak,,dn keseluruhan anak anak,,tiga perempuan dua lelaki 4 berumah tangga semua bawah B40 tiada harta atau PON tanah ,,mak sy hanya menumpang di tanah rizab kerajaan..oleh itu kita mita kerja sama di pihak zakat untuk datang melawat dan nilai sndri,,adakah mak sy layak atau tidak…kerjasama di pihak tuan amat dihargai ….?

  5. Mohamad Azamudin bin Ahmad Jailani

    Assalamualaikum..tuan/puan.Bolehkah kami ingin meminta peruntukkan bulanan di bantuan zakat ni..Suami saya kerja seorang.sebagai mekanik..kewangan kami tidak menentu pendapatan bulanan.Alhamdulillah,boleh sara lagi untuk keperluan sepanjang kehidupan semasa untuk anak 2 orang bersekolah rendah.Jika ada kereta pelanggan hantar ada lah pendapatan harian..jika tiada,tiada la pendapatan harian..Kami tinggal di rumah tinggalan arwah datuk sebelah suami saya.Kami mempunyai seramai 4 orang anak kandung,dan bakal timang anak kelima pada tahun hadapan ,in Shaa Allah.Anak saya yang pertama 9 tahun,kedua 7 tahun,ketiga 6 tahun,dan yang keempat 1 tahun 10 bulan..Tahun hadapan,mungkin kesukaran bagi kami untuk menampung keperluan persekolahan ..sebab anak yang ketiga akan masuk tahun 1……Jadi saya dah habis tawakal,,saya mencuba nasib di sini…harap tuan /puan pertimbang ulasan saya ini..

  6. Assalamualaikum tuan bapa saya ni layak x untuk bantuan bulanan bapak Sya ni sakit strok x boleh berjalan untuk tampung keperluan keluarga harap pihak tuan puan dapat membantu bapak Sya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top