BANTUAN TUNAI SARA 2024 : SEMAK PENERIMA
Tahukah anda bantuan tunai SARA 2024? Peruntukan sehingga 700 juta ringgit oleh Kerajaan khas untuk pemberian Bantuan Tunai Sara kepada hampir 700,000 rakyat Malaysia yang memerlukan. Usaha ini bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di bandar mahupun luar bandar.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai sara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
APA ITU BANTUAN SARA 2024?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar. Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.
CARA KREDIT BANTUAN SARA 2024
Bantuan Tunai Sara akan dikreditkan mengikut cara setiap penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA KREDIT BANTUAN |
Penerima yang mempunyai akaun bank |
Akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan. |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank |
Akan diberikan secara tunai melalui cawangan Bank Simapanan Nasional (BSN). |
KADAR BANTUAN TUNAI SARA 2024
Kadar pemberian SARA bagi tahun 2024 telah dinaikkan sehingga RM1,200. Namun pemberian bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu selama dua kali setahun dengan jumlah setiap bayaran adalah bernilai RM600 kepada penerima.
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI SARA 2024
Pengkreditan Bantuan Tunai Sara adalah seperti tarikh berikut :
TARIKH KREDIT | JUMLAH |
19 Februari 2024 | RM600 |
12 Ogos 2024 | RM600 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024
Adalah terhad kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus lulus / penerima yang sah Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024;
- Kategori isi rumah berkeluarga atau warga emas tiada pasangan; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin / miskin tegar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024
Untuk semakan penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Sara, haruslah melalui laman rasmi semakan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
Semakan Penerima Bantuan Tunai Sara |
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan rasmi semakan status Sumbangan Asas Rahmah di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : info@mykasih.com
- Laman Pertanyaan Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
Baca Juga :
Tidak pernah mendapat sebarang bantuan cuma STR sahaja