BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN : CARA MOHON
Tahukah anda cara mohon BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN? Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. MAIK juga berperanan untuk Menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi umat dan Menangani cabaran kemiskinan serta meningkatkan kemakmuran.
APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN?
Bantuan persekolahan Kelantan adalah merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk menampung perbelanjaan anak yang bersekolah sama ada peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Bantuan ini adalah dibawah MAIK.
KADAR BANTUAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN
Kadar bantuan disalurkan kepada pemohon adalah RM150 seorang secara “one off” bagi seorang pelajar dalam bentuk tunai atau kelengkapan persekolahan. Ianya adalah tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat, Timbalan Yang DiPertua dan Pegawai yang diberi kuasa.
GOLONGAN ASNAF YANG LAYAK BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN
Untuk penerima, pihak MAIK telah menggariskan bahawa hanya golongan asnaf sahaja yang layak membuat permohonan dan menerima bantuan persekolahan Kelantan seperti yang ditetapkan. Berikut adalah merupakan senarai asnaf yang layak :
- Fakir
- Miskin
- Muallaf
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN
Bagi membuat permohonan, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti oleh pemohon seperti syarat dibawah:
- Beragama Islam
- Pemohon merupakan rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan seandainya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon adalah merupakan mereka yang bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran atau asal.
- Bertepatan dengan kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak atau tanggungan anak yang belajar di sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).
CARA PEMBAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN
Bayaran bantuan sekolah Kelantan akan disalurkan secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada masjid bandar atau jajahan dan diagihkan secara tunai kepada imam masjid mukim atau penerima.
SENARAI DOKUMEN YANG DI PERLUKAN
Untuk membuat urusan permohonan, para pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan seperti dibawah:
- Salinan Kad Pengenalan atau surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
- Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif:
-
- Maybank
- CIMB
- Bank Islam
- Bank Rakyat
- Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
- Salinan slip gaji atau penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan atau swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
- Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
CARA PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KELANTAN
Berikut adalah dikongsikan cara membuat permohonan bagi menerima bantuan sekolah Kelantan, Anda boleh ikut beberapa langkah seperti dibawah:
- Dapatkan borang permohonan melalui imam masjid bandar, Masjid Mukim dan Masjid jajahan yang disediakan mengikut kuota.
- Pihak masjid akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi pemilihan calon penerima bantuan yang dipengerusikan oleh imam
- Pihak masjid akan menyediakan senarai calon penerima dan disahkan oleh Imam Tua, Imam Muda, Pengerusi Biro Kebajikan dan Setiausaha Masjid
- Pemohon yang terpilih hendaklah mengisi borang bantuan persekolahan yang diberikan melalui imam masjid banda, jajahan atau mukim
- Pemohon hendaklah menyerahkan borang bantuan berkenaan kepada imam masjid bandar, jajahan atau mukim masing-masing
- Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan diserahkan kepada MAIK melalui masjid bandar dan jajahan
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak serta merta.
- Bantuan akan disalurkan kepada ketua isi rumah secara tunai melalui imam masjid bandar, jajahan atau mukim kecuali bagi kes-kes tertentu
MAKLUMAT LANJUT
Talian : +609-7481512
Faks: +609-7485512
Emel: maik [@] e-maik [dot] my
Baca Juga :