BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT : MAIK
Tahukah anda cara mohon BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT dari MAIK? Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. MAIK juga berperanan untuk Pembangunan Projek Sosioekonomi Yang Mampan meliputi fungsi Pendidikan bagi meningkatkan taraf ekonomi.
APA ITU BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT?
- Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi memulakan pelajaran di IPT tempatan peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah.
- Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang pendapatan isi rumah tidak melebihi kadar had kifayah.
APA ITU SUMBANGAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT-FISABILILLAH
- Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi memulakan pelajaran di IPT tempatan peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah.
- Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fisabilillah yang berpendapatan Ketua Isi Rumah melebihi had kifayah hingga RM10,000.00.
KATEGORI ASNAF YANG LAYAK BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT
- Fakir,
- miskin dan
- fisabilillah
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT
- Beragama Islam
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hukum syara’
- Pembelajaran adalah sepenuh masa
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, ibu bapa/penjaga , dan tanggungan ibu bapa / penjaga pemohon
- Bagi kes pemohon yang tiada kad pengenalan, sertakan salinan passport
- Bagi kes pemohon yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri, sertakan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan
- Salinan surat tawaran IPT
- Salinan akaun akaun bank yang masih aktif
- Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pasangan / ibubapa / penjaga (jika berkaitan)
- Salinan slip gaji / penyata pencen pasangan / ibubapa / penjaga sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan (disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim) sekiranya tiada slip gaji.
- Surat pengesahan mastautin yang disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/mukim sahaja jika tiada sebarang dokumen pengenalan diri (boleh dapatkan di Portal MAIK).
KADAR BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT
A.Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
B.Sumbangan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT- Fisabilillah
* 3 kadar dibawah bagi pendapatan ibubapa melepasi had kifayah hingga RM3,500
*Bagi pendapatan ibubapa RM3,501 hingga RM10,000 (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
CARA PERMOHONAN / PELAKSANAAN
- Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK di eAgihan
- Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
- Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem eAgihan MAIK
- Bantuan disalurkan kepada pelajar / pemohon
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
- Permohonan bantuan ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT
CARA BAYARAN
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)
MAKLUMAT LANJUT
Talian : +609-7481512
Faks: +609-7485512
Emel: maik [@] e-maik [dot] my
Baca Juga :