BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024 : SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024 : SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara semak bantuan kehidupan sejahtera RM300 2024? Untuk makluman semua, mulai tahun 2022 ini, Kerajaan Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19

APA ITU BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA?

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”

CARA PENERIMAAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2024

Setiap penerima yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan serta disahkan layak oleh Kerajaan akan menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera yang bernilai sebanyak RM300 setiap bulan melalui aplikasi SELANGKAH yang juga merupakan aplikasi e-Wallet.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN BINGKAS

Berikut merupakan kelebihan yang bakal diterima penerima sekiranya layak :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 2024

Sekiranya pemohon telah mendaftar melalui online dalam laman rasmi mahupun aplikasi, pemohon boleh membuat semakan penerima yang layak menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARA PAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan Kehidupan Sejahtera
https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top