BANTUAN IPT KEDAH : CARA MOHON RM300
Tahukah anda tentang bantuan IPT Kedah atau dikenali BAKIPT? Para pelajar atau anak-anak Negeri Kedah yang layak dipelawa memohon Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi ini yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.
Oleh itu, pelajar baharu yang memasuki IPT pada Januari 2024 sehingga Jun 2024 dialu-alukan untuk memohon.
APA ITU BANTUAN IPT KEDAH?
iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi.
Ini adalah bagi membantu anak Kedah yang memasuki IPT terutamanya mereka daripada keluarga B40 dan M40.
KADAR BANTUAN IPT KEDAH
Kadar bantuan bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.
SYARAT KELAYAKAN BAKIPT
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah sehingga RM10,970.00
- Pengajian mestilah secara sepenuh masa bagi semester pertama kemasukan baharu tahun 2024.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah/IPT dalam negara atau luar negara.
- Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan resit bayatan/Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah/IPT.
- Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
PERINGKAT PENGAJIAN
Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- STPM
- STAM
- Sijil Politeknik
- Sijil Kolej Komuniti
- Sijil Matrikulasi
- Asasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
TARIKH PERMOHONAN BAKIPT
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Mac 2024 sehingga 30 Jun 2024.
CARA MOHON BANTUAN IPT KEDAH
Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt.
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Pergi ke menu ‘Perkhidmatan’ dan klik butang ‘BAIKPT.’
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
SENARAI DOKUMEN
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.
- Salinan Akaun Bank/Penyata Bank.
- Borang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN IPT KEDAH
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) 2024 di talian 04 702 7272/04 702 7297 atau email ke sppnk@kedah.gov.my.
Baca Juga :