KELEBIHAN IKAN BANDARAYA UNTUK KESIHATAN

KELEBIHAN IKAN BANDARAYA UNTUK KESIHATAN

Tahukah anda kelebihan ikan bandaraya? Kelebihan ikan Bandaraya @ Ikan Lap/cuci cermin dikatakan boleh mengubati penyakit ekzema atau atopic dermatitis iaitu keadaan radang pada kulit dengan gatal, bengkak dan rumah merah seolah kulit melecur serta berair yang menyebabkan kegatalan.

Penyakit ekzema biasa akan berlaku kepada bayi atau kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh berlaku sama ada di pergelangan tangan, muka, pertengahan sikut atau pun lutut. Apabila ia terjadi kulit yang terkena penyakit ini akan kelihatan berkerak dan gatal.

Antara penawar eczema yang mujarab adalah ikan cuci cermin ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Md Rosdi Hassan yang berkongsi bagaimana ikan bandaraya ini boleh menjadi ubat yang berkesan jika sesiapa saja yang diserang penyakit kulit ini.

APA ITU IKAN BANDARAYA?

  • Ikan bandaraya, ikan tombot atau Hypostomus plecostomus merupakan nama saintifik bagi ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
  • Ikan bandaraya berasal dari keluarga biologi Loricariidae. Ikan bandaraya memakan alga, dan sebagai cara untuk membezakan mereka dari haiwan kecil pemakan alga yang lain, kerana itu acap kali ia dirujuk sebagai plecostomus, singkatan plecos atau plecs.
  • Ikan bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati.
  • Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam).

IKAN BANDARAYA PENAWAR PENYAKIT KULIT

Jangan pandang hina pada ikan cuci cermin. Ikan bandaraya dalam bahasa saintifik adalah Hypostomus plecostomus.

  • “Semalam tayar motosikal tua saya pancit jadi saya menolak motosikal saya. Ketika saya lalu di kawasan sebuah sungai saya lihat beberapa orang sedang menjala ikan di situ.
  • Boleh dikatakan banyak ikan yang mereka dapat di sungai itu, ikan yang mereka dapat ialah seperti ikan lampam, talapia serta haruan. Ikan cermin yang masuk dalam jala, mereka buang begitu saja.
  • Saya tanya, “kenapa buang ikan ini bang?”
  • Jawab mereka ikan tu tak boleh dimakan dengan selamba sahaja mereka akan membuang ikan bandaraya itu. Jawab mereka ambillah kalau hendak.
  • Lalu saya bertanya kepada mereka, “boleh saya ambil ikan tu bang?”
  • Dengan pendek mereka menjawab, “ambillah.”
  • Saya pun mengambil semua ikan yang mereka buang itu dan ikan itulah akan saya gunakan untuk membantu kepada seorang budak yang bermasalah dengan penyakit kulit eczema.

TAHUKAH ANDA IKAN BANDARAYA BOLEH MERAWAT PENYAKIT EKZEMA

 Sesiapa boleh cuba petua untuk merawat ekzema ini, mana tahu sembuh.Caranya sungguh mudah carikan ikan cuci cermin dalam enam atau tujuh ekor kemudian siang kulitnya yang kasar itu dan ambil isinya untuk dijadikan sup dan makan sup serta isi ikan tersebut.

In Sha Allah kalau selalu diamalkan selalu penyakit kulit ekzema akan pulih dengan cara rawatan ini.

Jangan anda terkejut bila memakan isi ikan ini nanti kerana rasanya cukup sedap dan tak perlu dirisaukan kerana ia halal untuk dimakan.

Sekiranya dah bermacam ubat anda gunakan untuk merawat penyakit eczema tak juga sembuh, cuba anda menggunakan cara ini pula, mana lah tahu kalau ia serasi dengan anda. – Md Rosdi Hassan.

KESIMPULAN

Tidak salah untuk anda mencuba dan menjadikan ikan cuci cermin ini sebagai cara untuk mengatasi penyakit kulit ekzema ini memandangkan ia terbukti boleh dimakan selain tidak akan memudaratkan jika dimakan. Semoga membantu dan bermanfaat.

Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top