SEWA KERETA SOCAR : CARA GUNA APLIKASI

SEWA KERETA SOCAR : CARA GUNA APLIKASI

Tahukah anda cara sewa kereta guna SOCAR? Sebab-sebab untuk menyewa kereta biasanya tergantung pada keperluan dan kehendak individu. Beberapa alasan umum termasuk percutian keluarga, perjalanan bisnes, perjalanan percutian, atau untuk keperluan sehari-hari ketika kenderaan peribadi tidak tersedia. Banyak penyedia-penyedia kereta sewa tumbuh sesuai dengan keperluan permintaan yang tinggi. ini termasuklah juga dengan SOCAR.

APA ITU SOCAR?

  • SOCAR merupakan perniagaan start-up yang ditubuhkan pada 2011 di Pulau Jeju, Korea Selatan. Selepas hampir 7 tahun beroperasi, syarikat itu kini memiliki lebih 3 juta pelanggan berdaftar. Daripada cuma 200 unit kereta, kini SOCAR sudah mengumpul 9,000 kenderaan dengan 3,000 zon parkir di 81 bandar sekitar selatan negara Asia Timur itu.
  • Di Malaysia, SOCAR (dipanggil SoCar Malaysia) berada di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga anak tempatan, Leon Foong yang sebelum ini pernah menyandang jawatan tinggi dalam Uber Malaysia dan Thailand. Beliau juga adalah pengasas bersama aplikasi mobil, GoGet.my.
  • Malaysia juga adalah destinasi pertama SOCAR untuk pasaran luar negara.
  • SOCAR ialah pengangkutan multi-flex. Dalam bahasa mudah, SOCAR ialah aplikasi mobil yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta mengikut jam dan boleh ditempah secara langsung menerusi telefon pintar tanpa memerlukan kehadiran orang tengah.
  • Semua proses adalah 100 peratus online daripada mula menempah, mengambil dan memulangkan kereta. Kereta sewa SOCAR juga tiada kunci fizikal, sebaliknya dihidupkan menggunakan aplikasi mobil.

CARA DAFTAR PENGGUNA UNTUK SEWA KERETA SOCAR

Pendaftaran Pengguna

  • Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi SOCAR daripada AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).
  • Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri, termasuk melengkapkan nombor akaun kad kredit/debit untuk urusan pembayaran, lesen memandu dan kad pengenalan.
  • Pendaftaran dikira sah selepas anda memuat naik foto yang ditangkap bersama kad pengenalan.

CARA SEWA KERETA GUNA APLIKASI SOCAR

Tatacara Penggunaan Aplikasi SOCAR

  • Selepas pendaftaran berjaya, anda kini boleh lihat lokasi kereta sewa SOCAR (dipanggil SOCAR Zone) sekitar Lembah Klang (ada 100 lokasi) yang ditandakan dalam warna biru muda. Kemudian:
  • Pergi ke SOCAR Zone dan cari kereta yang anda mahu sewa.
  • Tangkap gambar setiap sudut kereta (kiri, kanan, depan dan belakang) dan hantar kepada SOCAR menerusi aplikasi disediakan.
  • Ikut arahan dalam aplikasi tersebut. Apa lagi, pandulah macam biasa.
  • Pastikan kereta dipulangkan tepat pada masa dalam keadaan bersih dengan isian petrol sekurang-kurangnya separuh tangki.
  • Jika mahu isi semula petrol, cuma gunakan kad petrol yang siap disediakan dalam kereta.
  • Tempahan boleh dibuat dalam tempoh 30 minit hingga seminggu sebelum kereta disewa.

KADAR HARGA SEWA KERETA SOCAR

  • Sehingga kini, terdapat 4 jenis model kereta ditawarkan SOCAR yang akan dikemas kini secara berkala. Jumlah keseluruhan kereta dimiliki SOCAR buat masa ini adalah 240 unit.
  • Berikut kadar sewa yang ditetapkan:

HARI BIASA

  • Perodua Axia – RM8/jam
  • Honda City – RM9.90/jam
  • Honda HR-V – RM18.90/jam
  • MINI Cooper – RM25/jam

HARI MINGGU

  • Perodua Axia – RM11/jam
  • Honda City – RM15.90/jam
  • Honda HR-V – RM25/jam
  • MINI Cooper – RM30/jam

KELEBIHAN SEWA KERETA SOCAR

Kelebihan Lain

  • Boleh sewa dan pandu sendiri ke mana saja destinasi yang anda suka.
  • Boleh tambah masa jika perlu sama ada 10 minit, 30 minit, atau sejam menggunakan aplikasi mobil.
  • SOCAR memang menyediakan petak parkir khas di banyak kawasan hotspot sekitar Lembah Klang seperti pusat beli-belah di KLCC, MidValley, KL Gateway dan banyak lagi.
  • Insurans kemalangan disediakan.
  • Pengguna boleh menambah hingga tiga kad kredit/debit pada satu-satu masa sebagai alternatif. Maksudnya, boleh guna kad lain.
  • Bantuan keselamatan ‘live’ jika kereta tiba-tiba jem. Cuma tekan fungsi ‘Live Hotline’ dan aplikasi akan membuat panggilan kecemasan kepada bahagian sokongan pelanggan SOCAR yang beroperasi 24 jam.
  • Ada pas khas, ‘Stress Free Pass’. Kupon ini sah untuk tempahan dari jam 7 malam hingga 8 pagi, Isnin hingga Khamis dengan bayaran serendah RM28 untuk model Axia (City – RM37; HR-V – RM69).
  • Sekiranya tidak mahu pickup. SOCAR turut menawarkan perkhidmatan pintu-ke-pintu (D2D Car-Sharing) tetapi dengan syarat anda berada di lokasi ditetapkan yang ditanda warna biru tua dalam aplikasi mobil. Konsepnya sama macam parkir valet dan caj dikenakan, RM5. Buat masa ini, perkhidmatan D2D cuma disediakan di kawasan sekitar Bangsar dan Damansara Height

MAKLUMAT LANJUT

Sila Layari

https://socar.my/consumer

Baca Juga ;

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top